Thursday 26 June 2014

TOP SECRET OF CHOCOLATE | Asal usul coklat





Jeng2, tetiba first post ni yatt nk post pasal coklat kn, alang2 nama blog ni mimpi coklat kan. Pernah x korang terpikir pasal asal-usul coklat ni ha??mai ceq konsi ngan hampa noh...

Sejarah koko bermula sejak 600 tahun sebelum Tahun Masihi apabila pokok koko mula ditanam di lembah Amazon. Kaum Maya dipercayai mula-mula menanam koko di dunia. Setelah itu koko diperkenalkan kepada kaum Aztec melalui aktiviti perdagangan.
Kegunaan koko mula-mula ditemui oleh masyarakat Maya dan Aztec. Ketika itu biji-biji digunakan sebagai minuman yang dikenali sebagai CACAHOTAL. Koko dianggap sebagai makanan dewata. Selain itu, koko juga digunakan sebagai mata wang dalam sistem pertukaran barang.Koko mendapat nama saintifiknya Theobroma cacao daripada kepercayaan kegamaan orang-orang Maya dan Aztec. Theobroma bermakna makanan dewata. Kedua-dua kaum, Maya dan Aztec, mengaitkan koko dengan Ek Chuah, tuhan  perdagangan, sementara Aztec pula mengaitkan dengan Quetzalcoatl, tuhan pencipta dan penyedia pertanian.
Cacao pula berasal daripada perkataan kaum Maya dan Aztec iaitu Cacahoatl. Mereka menganggap koko sangat istimewa. Minuman coklat hanya disediakan sebagai minuman Maharaja sahaja.


No comments:

Post a Comment

Nanti dulu. Tinggalkan Komen dan pesanan anda. Terima Kasih.