Saturday 25 October 2014

Jeruk Asam Boi Pulau Pinang


Assalamualaikum, Pernah tak dengar Jeruk asam boi?sekarang ia menjadi satu "Trending" di laman2 sesawang...Jika rakan-rakan ingin mencuba, bole la membuat tempahan di nombor telefon yang tertera di bawah:
0174299421(whatsapp)

Wednesday 24 September 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Sunday 31 August 2014

Perjalanan masih jauh | Hidup seorang pelajar

Assalamualaikum w.b.t .
masa itu emas
2 bulan cuti semester hanya terluang dengan latihan industri,hanya tinggal 5 hari saja baki untuk saya pulang berjuang untuk masa depan yang cerah..Puisi dibawah ini adalah salah satu yang seringkali menjadi pembakar semamgat untuk saya sebagai seorang pelajar. Ingin saya kongsikan bersama kawan2 seperjuangan

Tuesday 29 July 2014

Salam Syawal | Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t
Syukur alhamdullilah sudah hari kedua kita menyambut syawal.

                                           " Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
                                            Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa , 
                                            Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
                                            Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa 
                                           Mohon Ampun dan maaf di atas segalanya "

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin kepada seluruh umat islam, moga silaturrahim diberkati Allah s.w.t.Semoga kita semua diberkati Allah pada bulan yang mulia ini. Dan Semoga kita dipanjangkan umur untuk menghadapi Ramadhan yang akan datang , Insyallah.


Friday 25 July 2014

Salam Ramadhan | Persiapan 10 hari terakhir

Salam . Selamat pagi .

Salam ramadhan buat semua pembaca , semoga anda semua masih diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk meningkatkan amal ibadah terutamanya di 10 terakhir bulan ramadhan ini. Begitu cepat ramadhan berlalu, kini kita telah berada di 10 terakhir ramadhan, sepertimana kita ketahui di 10 terakhir ramadhan Rasulullah SAW meningkatkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan Baginda juga tidak lupa mengejutkan semua ahli keluarganya untuk bersama beribadah dengannya.

Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah :

  • Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.
  • Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.
  • Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena.
  • Bagi suami isteri pula 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.
  • Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.



Oleh itu, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, dan mempertingkatkan amal ibadah mudah-mudahan kita dipermudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan amalan-amalan khususnya 10 malam terakhir ramadhan ini agar kita menjadi hamba Allah SWT yang bertuah di dunia dan di akhirat.

Wednesday 2 July 2014

PULAU AMAN | Mee udang

Assalamualaikum , Hai semua... Di bulan ramadhan mesti kita suka search kt google tentang makanan ni kan... Tgok tittle hari ini jgak mee udang Pulau Aman..Urm terliurnya...Sedap ke tak mee udang ni?Kalau tanya dekat saya , memang tidak terbilang berapa kali saya sudah pergi. Pulau aman merupakan pulau pelancongan di Pulau Pinang selain Pulau Jerejak... Kalau mahu pergi ke Pulau Aman ini mesti naik bot dari Jeti Batu Musang.. 


Inilah Peta Di Pulau Aman 



Terliurnya tengok Koew Teow ni...


Inilah mee udang Pulau Aman.. Memang Sedap !






Thursday 26 June 2014

BUBBLE CHOC RICE | Nikmat coklat Yang Perlu Dirasa

Salam. Hai semua. Coklat ni boleh buatkan kita yang rasa lemah jadi bertenaga. Coklat juga boleh membantu memberi sedikit ketenangan. Jadi takmau bercerita panjang. Cuma nak share dengan semua Bubble Choc Rice. Memang sedap sangat bagi penggemar coklat. Jika berminat. Hubungi nombor yang tertera. :0197347017

TOP SECRET OF CHOCOLATE | Asal usul coklat





Jeng2, tetiba first post ni yatt nk post pasal coklat kn, alang2 nama blog ni mimpi coklat kan. Pernah x korang terpikir pasal asal-usul coklat ni ha??mai ceq konsi ngan hampa noh...

Sejarah koko bermula sejak 600 tahun sebelum Tahun Masihi apabila pokok koko mula ditanam di lembah Amazon. Kaum Maya dipercayai mula-mula menanam koko di dunia. Setelah itu koko diperkenalkan kepada kaum Aztec melalui aktiviti perdagangan.
Kegunaan koko mula-mula ditemui oleh masyarakat Maya dan Aztec. Ketika itu biji-biji digunakan sebagai minuman yang dikenali sebagai CACAHOTAL. Koko dianggap sebagai makanan dewata. Selain itu, koko juga digunakan sebagai mata wang dalam sistem pertukaran barang.Koko mendapat nama saintifiknya Theobroma cacao daripada kepercayaan kegamaan orang-orang Maya dan Aztec. Theobroma bermakna makanan dewata. Kedua-dua kaum, Maya dan Aztec, mengaitkan koko dengan Ek Chuah, tuhan  perdagangan, sementara Aztec pula mengaitkan dengan Quetzalcoatl, tuhan pencipta dan penyedia pertanian.
Cacao pula berasal daripada perkataan kaum Maya dan Aztec iaitu Cacahoatl. Mereka menganggap koko sangat istimewa. Minuman coklat hanya disediakan sebagai minuman Maharaja sahaja.