Tuesday 29 July 2014

Salam Syawal | Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t
Syukur alhamdullilah sudah hari kedua kita menyambut syawal.

                                           " Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
                                            Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa , 
                                            Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
                                            Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa 
                                           Mohon Ampun dan maaf di atas segalanya "

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin kepada seluruh umat islam, moga silaturrahim diberkati Allah s.w.t.Semoga kita semua diberkati Allah pada bulan yang mulia ini. Dan Semoga kita dipanjangkan umur untuk menghadapi Ramadhan yang akan datang , Insyallah.


Friday 25 July 2014

Salam Ramadhan | Persiapan 10 hari terakhir

Salam . Selamat pagi .

Salam ramadhan buat semua pembaca , semoga anda semua masih diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk meningkatkan amal ibadah terutamanya di 10 terakhir bulan ramadhan ini. Begitu cepat ramadhan berlalu, kini kita telah berada di 10 terakhir ramadhan, sepertimana kita ketahui di 10 terakhir ramadhan Rasulullah SAW meningkatkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan Baginda juga tidak lupa mengejutkan semua ahli keluarganya untuk bersama beribadah dengannya.

Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah :

  • Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.
  • Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.
  • Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena.
  • Bagi suami isteri pula 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.
  • Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.



Oleh itu, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, dan mempertingkatkan amal ibadah mudah-mudahan kita dipermudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan amalan-amalan khususnya 10 malam terakhir ramadhan ini agar kita menjadi hamba Allah SWT yang bertuah di dunia dan di akhirat.

Wednesday 2 July 2014

PULAU AMAN | Mee udang

Assalamualaikum , Hai semua... Di bulan ramadhan mesti kita suka search kt google tentang makanan ni kan... Tgok tittle hari ini jgak mee udang Pulau Aman..Urm terliurnya...Sedap ke tak mee udang ni?Kalau tanya dekat saya , memang tidak terbilang berapa kali saya sudah pergi. Pulau aman merupakan pulau pelancongan di Pulau Pinang selain Pulau Jerejak... Kalau mahu pergi ke Pulau Aman ini mesti naik bot dari Jeti Batu Musang.. 


Inilah Peta Di Pulau Aman 



Terliurnya tengok Koew Teow ni...


Inilah mee udang Pulau Aman.. Memang Sedap !